untuk kawan yang prihatin membawa i ke Darussyifa sebab nampak kelainan pada diri i..TQ korang. hanya Allah saja yang membalasnya..
RENUNGAN BERSAMA
Bilakah bermulanya sihir? Tidak ada manusia yang mengetahui bilakah
secara pasti bermulanya sihir. Sebahgian kitab menyebutkan bahawa sihir
bermula sejak malaikat harut dan marut mengajarkan sihir pada manusia.
Ada juga mengatakan sejak Nabi Sulaiman a.s dan ada pula yang mangatakan
sejak Nabi Saleh a.s dan sebagainya. Hanya Allah sahaja yang
mengetahui.
Sebenarnya pekerja tukang sihir dibantu oleh jin yang memang menyesatkan
manusia. Nyatanya juga, semua pekerja sihir tidak akan terjadi tanpa
izin Allah juga. Untuk mengetahuan sebenarnya tentang sihir kepada
manuisa, Allah swt mengutuskan dua malaikat Harun dan Marut di negeri
Babiil. Kedua malaikat ini mendedahkan dan mengajarkan kepada manusia
teori ilmu sihir.
Apakah gunanya manusia diajar ilmu sihir?
- Untuk menentang keburukan-keburukan yang dilakukan oleh tukang-tukang sihir yang menjadi kawan jin dan mendakwa dirinya Nabi.
- Untuk memberi penerangan kepada manusia perbezaan antara mukjizat dan ilmu sihir. Sihir dapat dipelajari dan boleh digunakan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh tukang sihir. Tetapi mukjizat tidak dapat dipelajari dan tidak boleh dijadikan bahan tontonan sihir.
- Untuk memberi penerangan pada manuisai bahawa sebenarnya sihir tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan izin Allah swt.
Dengan
tujuan itu Harut dan Marut diutuskan untuk memperkenalkan ilmu sihir
kepada manusia. Maka sebelum memulakan tugasnya mengajar ilmu sihir,
kedua malaikat itu telah mengatakan kepada manusia, "Sesungguhnya kami hanyalah cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir."
Maksudnya sesiapa yang mempelajari ilmu sihir untuk mencapai keinginan
dan kehendaknya ataupun menyakiti seseorang, maka dia telah menjadi
kafir.
Malangnya sebahagian dari murid-murid yang diajar oleh malaikat Ahrut
dan Marut tidak mengikut arahan mereka, sebaliknya mereka mempergunakan
ilmu sihir itu untuk menceraikan pasangan suami isteri dan lain-lain
lagi.
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Dan mereka mempelajari sesuatu yang
memberi mudarat dan tidak memberi manfaat. Demi sesungguhnya mereka
telah menyakini bahawa siapa yang menukar (kita Allah) dengan sihir itu,
tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan
mereka dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual diri dengan sihir,
sekiranya mereka mengetahui." (Surah Al-Baqarah: 102)
p/s: Ilmu sihir itu adalah satu fitnah yang menjerumuskan manusia kepada kekafiran....

No comments:
Post a Comment