Thursday, 22 January 2015

AkhlakTerpujiBermulaDariRumah

Apa yang ditekankan dalam Al-Quran adalah pendidikan dan tidak boleh dianggap remeh. Kita lihat, gejala sosial dikalangan remaja kini agak berleluasa. Pendidikan seksual seharusnya diberi sebagai pendedahan kepada remaja. Panduan Islam harus diikuti dalam mendidik  anak-anak bahawa setiap perkara dalam kehidupan kita ada batasannya, samada makan, pergaulan, akhlak, percakapan dan sabgainya. 

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik akhlak anak-anak mereka. Setiap perkara yang melanggar batas akan membawa kita kepada melakukan dosa dan ia akan berlarutan hingga seterusnya.  Antara perkara yang perlu ibu bapa beri perhatian adalah;

1) menjadikan bilik tidur mereka satu tempat yang istimewa dan tidak boleh dimasuki sewenang-wenangnya oleh ahli keluarga dan saudara mara. Bilik tidur adalah 'tempat rahsia' suami isteri kerana sesetengah hal/barang tidak boleh diketahui orang lain, melainkan mereka berdua sahaja. Allah berfirman dalam Surah an-Nur, ayat 58-59 yang bermaksud:
"Wahai orang2 yang beriman, hendaklah kamu dan orang belum baligh dalam kalangan kamu, meminta izin kepada kamu(sebelum masuk ke tempat kamu), dalam 3 masa; 
a)sebelum sembahyang Subuh
b)tengahari ketika kamu membuka pakaian
c)sesudah Isya'

2) ibu bapa mendidik anak2 untuk menundukkan pandangan supaya mereka mempunyai rasa malu dalam diri mereka terutama anak perempuan. 


Let's Do It!

p/s: m still single..but surely will practice it once become a wife..again with a great hsb.. and a mother.. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment