perkahwinan untuk meramaikan umat Muhammad S.A.W di atas bumi ini.. satu ibadah untuk mengejar pahala..satu tanggungjawab dan juga amanah..bukan hanya sekadar pernikahan dan walimatulurus yang menelan belanja yang banyak dan dirai bagai raja sehari..sebelum ini aku berseorangan hidup bujang yang jauh dari keluarga..tapi kini ada manusia asing yang masuk ke dalam hidup ku. sebelum ni aku hnya hdup dikalangan kelompok keluarga ku..tapi kini aku hidup dalam kelompok keluarga lain yang pastinya berbeza budaya..walau tak banyak sedikit tentu..sebelum ni masak untuk seorang makan sekrang masak untuk dua orang makan..
lelaki dan wanita berbeza dalam keperluan perasaan, berfikir, bertutur, memahami, reaksi, cara memberi kasih sayang..dan perbezaan ini perlu dipelajari dan hormati kerana aku ingin persaaan cinta kami terus kekal subur dan mekar hingga ke syurga..adakalanya ketika brlaku komunikasi dan interaksi apa yang diperlukan hanyalah perasaan untuk didengar dan difahami. itu sudah mencukupi..dan bukannya mencari jalan pnyelesaian..melainkan apabila diminta..
aku ingin sentiasa dilamun cinta bersama kamu dan alat komuniasi antara kita bukanla gajet gajet teknologi ..tapi hati kita..dan hanya kita saja yang mnedengarnya.dan tidak ada insan lain yang berhak mendengar suara cinta dan bahasa kasih ini ..hanya kita..

No comments:
Post a Comment