Thursday, 23 October 2014

UsahakanDiri


Jika ingin mencapai kejayaan, hendaklah kita meneladani orang yang berjaya.  Ini prinsip dalam memburu kejayaan. Prinsip inilah yang dipatuhi oleh para sahabat Rasulullah s.a.w.  Mereka orang yang paling setia, istiqamah dan jujur dalam mengikut apa-apa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah khususnya dalam mengutamakan waktu subuh.  Dalam hidupnya, Rasulullah s.a.w. sangat mengutamakan keberkatan pada waktu Subuh.  Baginda telah berdoa, mafhumnya: "Ya Allah berkati umatku pada waktu pagi." Riwayat al-Tirmizi)

"Syaitan melilit seorang antara kalian dengan tiga lilitan ketika dia tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan: 'Nikmatilah malam yang panjang ini.'  Apabila dia bangun lalu mengingati Allah,  maka terlepaslah lilitan itu.  Apabila dia berwuduk, lepaslah lilitan yang kedua.  Kemudian apabila ia solat, lepaslah lilitan ketiga, sehingga dia menjadi bersemangat.  Tetapi kalau tidak, dia akan terbawa lembap dan malas." (Riwayat al-Bukahri dan Muslim)

No comments:

Post a Comment